Sunday, August 27, 2017

author photo
Sandwich Sayuran+Mayonis | Assalamualaikum, Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya.. 


Nampak tak gambar dekat atas tu, sebenarnya roti sandwich sayuran+mayonis dah lama cik ash buat ada share dekat facebook sebelum ni, dalam blog jer belum berpeluang kongsikan cara membuatnya.. hahahhaha...

Biasa la bila mood malas nak menaip dah kembali pulak lagi pulak cik ash sekarang duk sibuk jaga MIL sakit baru lepas jatuh bilik air hari rabu  2 minggu lepas, dah 2 minggu lebih jatuh, nak tumpukan perhatian dekat blog agak kurang la sikit bila fikirkan kesihatan mil kan, cik ash bila dah mengadap laptop ni memang ralik la sikit. 




Suami dan Mil cik ash suka sandwich sayuran+mayonis siap request suruh buat lagi nanti.. hihihihi.. cara nak membuatnya pun senang sangat cik ash guna jer bahan-bahan yang ada kat dapur jer pun... 

Resepi Sandwich Sayuran+Mayonis 

Bahan-Bahan 
Roti Gardenia 
Salad 
Kubis Bunga
Timun
Tomato 
Mayonis 

Cara Membuatnya 
1. Salad ,kubis bunga hiris halus macam kita nak buat coslaw kfc tu. 
2. Timun hiris bulat dan nipis taw.
3. Tomato pun sama hiris bulat dan nipis.
4. Gaulkan salad,kubis bunga dengan 2 sudu besar mayonis,gaul hingga sebati.
5. Ambik roti gardenia letak la sayuran+mayonis tu atas roti lepas kapit dua,hiris la setiga buat macam kat kedai jual tu.. 
6. Senang sangat kan buat tak ada susah pun nak buat.. 


Ok la itu saja resepi sandwich sayuran+mayonis yang cik ash kongsikan, mudah sangat nak buat, jimat duit bila difikirkan balik loni sandwich gini agak mahal dah kan satu rm2.50 kalau tak silap cik ash.. selamat mecuba ya korang, jumpa lagi nanti di entri yang lain.. 





This post have 6 komentar

avatar
Cik Nor delete August 27, 2017 at 3:44 PM

nak buat tu mmg senang..tapi malas tu banyak..haha

Reply
avatar
Miza Talib delete August 29, 2017 at 8:40 AM

Seronok buat bila ada yang nak makan

Reply
avatar
Kaklong Chan delete August 29, 2017 at 2:14 PM

Sedap ni..
Betul tu, sandwich dah mahal, Better buat sendiri

Reply
avatar
Abam Kie delete October 7, 2017 at 7:10 AM

abe kie x suka mkn sayur aje. kena masukkan sardin sikit..

Reply
avatar
mek yunie delete April 3, 2018 at 5:33 PM

arrr. mek tak suka sayur.
hihihi.
tkpe, ganti dengan telur, sedap jugak

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post